Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)

461

Nobody is perfect

Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya.

Rumah mana yang tidak bersampah

She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her.

Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi rumah mana yang tidak bersampah. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Pantun

PantunSumberTema
Benang sulam berwarna-warni Dicari orang ke mana-mana; Siang malam hamba menanti, Kunanti abang tak tiba juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Gugur melati bunga dikarang, Kumbang mencari ke mana-mana; Hancurlah hati hamba sekarang, Orang membenci apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika dayung tidak kuat, Sia-sia dibawa belayar; Jika kampung tidak beradat, Ke mana-mana nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Siapa suka memanjat kayu, Lama-lama tentulah jatuh: Siapa saja kuat berseteru, Ke mana-mana kena pelupuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka menabuh gendang, Lama-lama tentulah mahir; Siapa suka menggaduh orang, Ke mana-mana tentu tersingkir.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka bermain gendang, Lama-lama tentulah pandai; Siapa suka mempermainkan orang, Di mana-mana seterunya ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang Cina pulang ke China, Sampai ke China malam hari; Saya tak ingat di mana-mana, Ingat puan sehari-hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Susun kayu panjang sedepa, Rumah rehat hendak dibina; Patutlah Melayu dikatakan lupa, Sejarahnya tercatat di mana-mana.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Anak Cina sanggul terpacak, Mati dibunuh Seri Rama; Adik laksana buah masak, Bau semerbak ke mana-mana.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pergi berburu tidak berteman, Mungkin dapat bala bencana; Bunga kembang di dalam taman, Bau semerbak ke mana-mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas