| Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Belum berempah sudah digulai, Manakan lauk terasa lazatnya; Belum nikah sudah menyeragai, Manakan elok pada adatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belum tegang sudah mengendur, Manakan bisa tegak berdiri; Belum bertunang sudah mengatur, Manakan hamba ambil peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belum diukur sudah dipakai, Manakan bisa baju sepadan; Belum ditegur sudah merawai, Manakan hamba mahu berkawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belum duduk sudah berdiri, Manakan orang dapat bicara; Belum ditengok sudah lari, Manakan sempat kita bercinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belum dijual sudah diacu, Manakan boleh dicuba-cuba; Belum kenai sudah merayu, Manakan mahu hamba menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak bersama-sama, Manakan dapat sembahyang Jumaat; Kalau tidak kerana ulama, Manakan dapat hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau tidak kerana galah, Manakan ada ayam melata; Kalau tidak kerana Allah, Manakan ada alam semesta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sayang pisau belum diasah, Manakan dapat meraut lidi; Abang merantau lamalah sudah, Manakan kuat hamba menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |