Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mandi (kata kerja)
Bersinonim dengan bersiram, berendam, berkubang, berenang;,
Kata Terbitan : bermandikan, memandikan, permandian,

Puisi
 

Kalau tak dapat mandi perigi,
     Mandi permatang nak mandi jua;
Kalau tak dapat tahun ini,
     Tahun akan datang nak balik jua.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Mandi di telaga di tepi jalan,
     bersunting bunga tahi ayam.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)

453

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Mati-mati mandi biar basah

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi mati-mati mandi biar basah. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Hendak mandi bersama mandi, Mandi secedok sama sekawan; Hendak mati bersama mati, Hendak selorong sama sekapan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak dapat mandi perigi, Mandi permatang nak mandi jua; Kalau tak dapat tahun ini, Tahun akan datang nak balik jua.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak mandi marilah mandi, Satu sumur kita berdua; Hendak mati marilah mati, Satu kubur kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak mandi mari mandi, Satu gayung kita berdua; Hendak mati mari mati, Satu kubur kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak tikus mandi berenang, Mandi berenang dalam perahu; Rasa putus hati mengenang, Tuan dikenang tidak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke teluk turun mandi, Turun mandi Kuala Kelantan; Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12345678910...

Kembali ke atas