Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mangga (kata nama)
Bersinonim dengan mempelam, pauh, kuini.,

Puisi
 

Putik pauh tangkainya mangga,
     Disambar buaya sambil berenang;
Sudah jauh dipandang mata,
     Hati mana dapat tak senang.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Daripada manggis eloklah mangga, Kerana mangga rasanya enak; Daripada gadis eloklah janda, Kerana janda ilmunya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pohon mangga dalam kebun, Berbuah lebat patah dahan; Salah silap minta ampun, Mana termakan minta halalkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Putik pauh tangkainya mangga, Disambar buaya sambil berenang; Sudah jauh dipandang mata, Hati mana dapat tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk pauh semangga-mangga, Puteri mandi dalam jambangan; Meski jauh rumah tangganya, Hilang di mata di hati jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji di tengah laman, Mangga tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegangan tangan, Kusangka tidak berubah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak limau dimakan musang, Banyaklah ulat mencari mangga; Sejak harimau dituakan orang, Banyaklah umat menjadi mangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Naik bukit tangga batu, Hari petang memetik mangga; Meniti balik ketika waktu, Abang seorang merantau juga.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah bacang jatuh ke paya, Pokok pauh bernama mangga; Apalah malang nasib saya, Sudah jatuh ditimpa tangga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sayang kelapa buahnya masak, Batangnya condong ke pokok mangga; Merajukkan sayang bersapa tidak, Sepanjang malam saya berduka.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas