Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Buah manggis buah pulasan, Asam jawa buah kedondong; Menangis sayang mendengar pesan, Kecewa sayang dada kosong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pungut manggis pungut mengkudu, Hari Sabtu di Pasar raya; Mulut manis umpama madu, Di situ banyak semut terpedaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang manggis berkematu, Putik kandis jatuh tergolek; Abang menangis di muka pintu, Adik menangis di dalam bilik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pucuk manggis pucuk lada, Pandan berbunga di seberang; Duduk menangis mengurut dada, Badan berdua tinggal seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daripada manggis eloklah mangga, Kerana mangga rasanya enak; Daripada gadis eloklah janda, Kerana janda ilmunya banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |