Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra/] | مارق

Definisi : 1. = semarak cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masy­hur; c) sedang cantik (gadis dll); 2. = memarak menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara yg turun naik dlm bilik itu; 3. ki sedang memuncak (perasaan, nafsu, keinginan, dll), berkobar: cita-cita ini datang sahaja padanya dan semakin ~; memarakkan menjadikan bernyala (dgn le­bih besar), menyalakan: api itu boleh di-marakkan dgn ditiup atau dikipas; kemarakan keadaan marak; semarak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra/] | مارق

Definisi : 1 = memarak menjadi bertambah besar (bkn api); bernyala dgn besarnya: Angin bertiup makin kencang, api bertambah ~ dan asap berpusar-pusar naik ke udara. 2 ki berkobar-kobar; bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan, semangat dll): Semangat cinta pd bangsa dan tanah air semakin ~ dlm jiwanya. memarakkan 1 membuat menjadi marak; menjadikan bernyala besar. 2 menjadikan berkobar-kobar (bkn perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
marak
Kata Terbitan : memarak, memarakkan,


Pantun

PantunSumberTema
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut berapi nyalanya marak; Takut bukan sebarang takut, Takut ke bini kerana bengak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas