Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ruah] | مرواه

Definisi : Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kera-jaan dlm mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ruah] | مرواه

Definisi : kehormatan atau harga diri (seseorang); nama baik: Kita mestilah menjaga ~ diri dan ~ bangsa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maruah (kata nama)
Bersinonim dengan kehormatan, harga diri, nama baik, reputasi, akhlak.,


Pantun

PantunSumberTema
Kata adat membilang petuah, Petuah dibilang untuk diingat; Lupa adat hilanglah maruah, Maruah hilang buruklah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat tegaklah tuah, Tuah menjadi payung negeri; Rosak adat tercampak maruah, Maruah tercampak lancunglah diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun hajat sebenar hajat, Hutang nyawa membela maruah; Adapun adat sebenar adat, Pantang dipinda diubah-ubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat beraja mengenang daulat, Adat berpenghulu ingatkan maruah; Adat bekerja memegang amanat, Adat berguru ingatkan petuah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Supaya mudah berjalan jauh, Bawalah bekal banyak-banyak; Supaya maruah jangan jatuh, Pelihara amal baikkan akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Labu manis ditengah ladang, Dibuat pengat rasa perisa; Malu habis maruah pun hilang, Berbuat jahat badan binasa,Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Taat umat kepada Allah, Hidup selalu menjaga amal; Kuat adat mulia maruah, Hidup bermalu sempurna akal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Hidup terpuji dunia akhirat; Kuat adat mulia maruah, Hidup mati membawa manfaat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas