| Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Papan rumah tuan, Tidak pakai tukang; Tiada masa depan, Hidup lintang pukang. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
| Surung-surung papan, Papan rumah tuan; Kerana ikut syaitan, Tiada masa depan. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
| Sungguh lemaknya pati santan, Masak sira buat sarapan; Aduhai lemahnya anak watan, Malas berkira masa depan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |