Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kain berlonggok berguni-guni, Dikirim dengan penerbangan Merpati; Susah dicari di masa ini, Ke mana pergi putera sejati? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Satu dua tiga empat, Lima setengah tidak gunanya; Belas memandang tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Alat-alat senjata perang, Pakaian anak raja Zamhari; Mari adik nyawa abang, Bila masa datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Pahang ke Kuala Lipis, Hajat hendak terus ke utara; Masa bertentang mulutnya manis, Bila belakang lain bicara. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |