Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masaknya

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Masaknya buah tampoi rimba, Masak bergolek di dalam petak; Entah bertuah entah celaka, Orang menjadi awak yang tidakKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Limau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pisang setandan lebat, Masaknya manis bukan kepalang; Sudah kupinang tiada dapat, Hendak menangis malu kan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah putat buah lakum, Buah pisang masaknya manis; Tuah adat tuah sekaum, Tuah dipegang tidakkan habis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas