Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , al-Masih Nabi Isa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = al-~ Nabi Allah Isa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 terus dlm keadaan sebelumnya; belum selesai: Ketika saya sampai, dia ~ tidur. 2 = ~ lagi ada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Pantun

PantunSumberTema
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu.Pantun Melayu SarawakKasih
Lantak dua berlantak tiga, Masih juga gelang di kaki; Beranak dua beranak tiga, Masih juga dendam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna main berigot, Pandan muda masih berbunga; Apa guna tuan berebut, Badan muda masih berguna.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalangKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila membeli ikan, Beli yang masih segar; Apabila mencari makan, Carilah secara benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan.Pantun Melayu SarawakNasib
Sayang Bau sayang Senawan, Emas banyak masih dilombong; Aduhai kasih emas tempawan, Hati kecilku tidak berbohong.Pantun Melayu SarawakKasih
Nahas kemalangan tajuk berita, Tujuh penumpang masih hilang; Panas badan menahan derita, Mengenang nasib diriku seorang.Pantun Melayu SarawakKasih
Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Kapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas