Encik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayu | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cik Mat anak Palembang, Buat ladang tanam padi; Kalau dah tahu rimau garang, Baik duduk tempat yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Encik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cik Mat anak Wak Satong, Pandai melirik di kaki dulang; Lautan dalam boleh diharung, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail di Alor Mat Pulih, Habis raga dimakan api; Sana duk harap sini tak boleh, Buang tangga berayun kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Encik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |