Pasang belat pasang bubu, Dapat seekor ikan, ikan bertutu; Sama sepelekat sama sekelembu, Mengapa mata lekat ke pintu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Orang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung camar burung di laut, Camar seekor beliak mata; Jangan digemar ikan di laut, Ramai orang balik saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Lauk ikan sembilang, Makan dalam bangsal; Mata berbintang-bintang, baru timbul kesal. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ikan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang mengail laut Melaka, Dapat seekor ikan tenggiri; Janganlah suka bermain mata, Buat menyakit hati sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |