Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Cik Ali memacu kuda, Jangan diregang tali ragam; Asal matahari matahari juga, Bulan terbit terangkan alam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Matahari mancar di hulu, Mahabagi kambang balunka; Amun ading mati tadahulu, Hadangi aku di pintu syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu zuhur matahari berdiri, Tanamlah kapas di lamanlah raja; Jikalau mashyur hamba di sini, Janganlah lepas sebaranglah pada.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggi-tinggi matahari, Tinggi lagi bulan purnama; Sungguh lama saya mencari, Barulah berjumpa sahabat menjelma.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bulan hulur matahari berdiri, Tanam kapas di laman raja; Sudah masyhur saya di sini, Saya tidak lepas sahaja.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi-tinggi si matahari, Sama bertimbang rumah ruang sa; Hilang laki boleh kucari, Hilang anak rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234

Kembali ke atas