Julai peristiwa maut, Helikopter trehempas di hutan tebal; Belas kasih aku terpaut, Usah disoal usah disangkal. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tembak-menembak di Kalimantan, Mati terkena peluru buta; Ombak Tsunami kias-kiasan, Maut menyambar sekelip mata. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Sayang Senggora pulau di laut, Tempat kapal pergi datang; Hidup kita antara maut, Cari pagi makan petang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sudahlah pasang air di laut, Tidakkah mahu mandi bersama; Sudahlah datang malaikat maut, Mahukah tidak mati bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak benar ikan di laut, Dualah ekor di tapak dulang; Banyak benar malaikat maut, Di dalam kubur rasa nak pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kodok di atas batu, Anak bubut patah kaki; Berdagang hidup sementara waktu, Bercerai maut berpisah abadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |