Dari Melaka ke Singapura, Kelip-kelip api di kota; Jangan suka menanam bisa, Kerap-kerap rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah ke Johor beli berangan; Saya mengucap selamat datang, Jikalau salah dikeji jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang; Alangkah gembiranya rasa di hati, Menengok abangku sudah pun datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Orang mengail laut Melaka, Dapat seekor ikan tenggiri; Janganlah suka bermain mata, Buat menyakit hati sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dukung anak dari Melaka, Disambar jin di tepi kolam; Intan terletak gunung permata, Cahaya melimpah serata alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |