Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.mun] | ملامون

Definisi : 1. menimbunkan (pakaian dll), tidak disusun atau diatur baik­baik; 2. meliputi (spt air menutupi karang), menggenangi: bersama-sama tenggelam dilamun ombak dan gelombang; 3. ki menye­lubungi (kesedihan, bencana, kesenangan dsb), merundung: Zaini sedang dilamun perasaan yg sedih pilu; entah hilang anakanda di laut lepas, entah dilamun ombak tujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.mun] | ملامون

Definisi : memikirkan sesuatu, berangan-angan, berkhayal: kerjanya ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.mun] | ملامون

Definisi : 1 melonggokkan secara tidak teratur: ~ pakaian. 2 menggenangi atau meliputi (spt air bah menutupi tebing); menenggelami: Ombak dan gelombang yg besar telah ~ kapal-kapal layar yg sedang berlabuh di situ. 3 ki merundung dgn bencana (kegembiraan dsb); menyelubungi: Baginda sedang dilamun dukacita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.la.mun] | ملامون

Definisi : berangan-angan; berkhayal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lamun
Kata Terbitan : melamun, lamunan,


Pantun

PantunSumberTema
Benang ditenun berhari-hari, Lambat-laun menjadi kain; Abang melamun gila menanti, Adiklah kahwin ke orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Alangkah lazat jeruk mentimun, Diberi kuah bertambah perisa; Abanglah penat duduk melamun, Adik tak pernah mahu berjumpa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam mentimun baru berputik; Demam bukan sebarang demam, Demam melamun rindukan adik. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas