| Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kacang melata di atas kota, Mari ditanam di kebun Cina; Salah satu kuambil juga, Kalau tak dapat diri merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kalau sudah semut melata, Hidupkan api dalam gua; Kalau disebut sehidup semati, Sehidup semati sampai tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Besar kayu kerana uratnya, Urat melata jalin-menjalin; Besar Melayu kerana adatnya, Adat setia kepada pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kalau tidak kerana galah, Manakan ada ayam melata; Kalau tidak kerana Allah, Manakan ada alam semesta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |