Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat] | ملکت

Definisi : lekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki terpakai (pakaian dll), terkena; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat] | ملکت

Definisi : 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekat

Puisi
 

Baru sekali menebas lalang,
     Kaki luka tertikam duri;
Baru sekali tuan dipandang,
     Cinta sudah melekat di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sama tengah sulaman tekat, Tekat berantak anak Melayu; Di sanalah tuah akan melekat, Melekat sampai ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa tanda kayu bersakat, Sakat melekat pada batangnya; Apa tanda Melayu beradat, Adat melekat pada orangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata berpunca, Punca melekat pada akidah; Hina bangsa kerana loba, Loba pangkat gila berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sejak ubi diberi bergula, Manis melekat hila disayur; Sejak babi jadi kepala, Habislah umat kena sungkur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan debu melekat; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlaku nekad.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila menimbang putik pauh, Banyak getahnya tinggal melekat; Bila kukenang adik nan jauh, Letak anggota pegallah urat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau pandan di tepi bencah, Bunga melati melekat juga; Walau bagai jauh berpisah, Di dalam hati dekat juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ada malangnya memancung betik, Kena getahnya tentu melekat; Ada malangnya berhitung pesek, Kaca matanya perlu diikat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang selasih berdahan layu, Di mana buah akan melekat; Orang kukasih enggan bertemu, Di mana pula badan menepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas