| Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Hidup sentosa anak menakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Tentu mendapat anak yang soleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Anak ayam berkawan balam, Mata bengkak hingus meleleh; Awak hitam berjalan malam, Manakan nampak hamba memilih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Zaman purba lamalah sudah. Beribu tahun sudah berlalu; Tangan meraba meleleh ludah, Mahu mencium mentua lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apalah tanda buah kepayang, Siapa merasa lidahnya pedih; Apalah tanda si tua miang, Bersua perawan ludah meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Yang peradang disuruh bertaubat. Supaya yang salah menjadi soleh: Orang penggamang disuruh memanjat. Celananya basah kencing meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Api siapa di kapal itu, Sejak senja tiada beralih; Laki siapa yang gatal itu, Nampak perawan ludah meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |