Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.léng.gang] | مليڠݢڠ

Definisi : 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lenggang (kata nama)
Bersinonim dengan limbai, anyunan tangan;,
Kata Terbitan : melenggang, lenggang-lenggok,

Puisi
 

Cik Mat jalan melenggang,
     Dua tiga ranting patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berjalan tahu melenggang, Tentulah badan tidak terjatuh; Kalau berteman tahu menenggang, Tentulah kawan tidak mengaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak beruk jalan melenggang, Ke mana pergi berkawan-kawan; Awak buruk dagang terbuang, Manakah berani menggapai bulan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pandai-pandai adik melenggang, Jangan memijak tali arang; Pandai-pandai adik bertenggang, Jangan menidakkan kasih orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sejak tikar menjadi kain, Dibawa melenggang terasa sakit; Sejak ular menjadi pemimpin, Banyaklah orang yang kena belit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau memanggang tidak berkipas, Tentu bertanak tidak tersantak; Kalau melenggang tidak terpepas, Tentu tegak tidak tersundak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ke Sungai Dungun memetik perah, Kutip perah di Bukit Seberang; Adik melenggang bukanlah marah, Kerana mengenang nasib badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Taat anak ke ibu bapak, Amanah dipegang pesan diikut; Adat tegak tuahnya nampak, Ke mana melenggang tiada sangkut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas