Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang telur menetas. Yang pinang bulat; Yang kendur melepas, Yang tegang mendapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang mati burung berjambul, Mari hinggap di anak tangga; Dilihat isteri melepas sanggul, Sanggullah kecil bersolek bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dahan rapuh jatuh ke tanah, Dedalu tumbuh bersama palas; Teladan kepada tidak amanah, Seribu lesap sejuta melepas. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Besarlah nyiru dari penampi, Untuk mengayak beras dan antah; Biarpun malu di dalam hati, Adikkan tidak melepas sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik menggali ubi, Ubi ada di atas batas; Baik-baik menabur budi, Wang habis kita melepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Saja bertiga datang ke padang, Datang ke padang membeli baju; Fasal saja duduk bergendang, Duduk bergendang melepas malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |