Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)

68

Never buy a pig in a poke

Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu.

Membeli kucing dalam karung

"Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig

"Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Apabila melihat padi, Ingat padi di ladang; Apabila mendapat rezeki, Ingat ke budi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Abang takut melihat belalai, Ikut jangan dikira-kira; Abang takut kita terlalai, Lambat-laun jadi sengsara.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tidak melihat pasang, Manakan tahu air melimpah; Kalau tidak mengingat abang, Manakan daku jadi gelisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Duduk-duduk orang berkumpul, Melihat ombak di tepi pantai; Elok-elok abang menyimpul, Bila tidak janji terungkai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ke seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Ribut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Waktu menteri membeli minyak, Orang melihat berhati rawan; Waktu isteri baru beranak, Datanglah niat mencari perawan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910

Kembali ke atas