Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lom.pat] | ملومڤت

Definisi : bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

PantunSumberTema
Cina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Sudah melompat ke dalam kolah, Kolah itu bernama perigi; Saya tidak berhati resah, Sebab kita sudah berjanji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kuda melompat-lompat, Bila Ielah masuk ke kandang; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar; Bila janji tidak diikut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kucing melompat-lompat, Anak itik selam-menyelam; Yang meruncing nan memepat, Yang menakik dan mengetam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak itik melompat-lompat, Anak beruk termangu-mangu; Niat yang baik dipercepat, Niat yang buruk tunggu-menunggu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ikan puyu melompat-lompat, Lompat mari sawah padi; Macam mana muka tak pucat, Baru demam pagi tadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk jalan melompat, Hujan tiba jatuh terlentang; Awak buruk hidup melarat, Manakah ada disapa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jatuh tupai salah melompat, Berkejar naik ke batang pinang; Tubuhku longlai patah semangat, Mendengar adik dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
1234

Kembali ke atas