Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaca

Puisi
 

Pucuk mengkira di dalam dulang,
     Serak dagang bertali-tali;
Murai membaca turunlah pulang,
     Balik abang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau berkitab membaca syair, Banyaklah orang datang mendengar; Kalau bercakap tidak berfikir, Banyaklah orang banyak bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang beradat bersifat bijak, Tahu membaca tanda alamat; Membuang adat umat kan rosak, Malu menimpa aib mendekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Wangi sekali minyak senyonyong, Dituang dengan membaca jampi; Lakilah mati awak mengandung, Dipinang orang rasa bermimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau duduk tulis menulis, Elok juga membaca kitab; Kalau duduk dalam majlis, Elok-elok dalam bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau duduk di dalam surau, Ingat-ingatlah membaca kitab; Kalau duduk bersenda gurau, Ingat-ingat tersalah cakap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Alangkah lazat ikan bakar, Diberi sayur berasam cuka; Abanglah penat membaca jampi, Adik tak juga mahu menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pucuk dedap selera dedap, Sudah berangkai dengan petani; Duduk hendak membaca kitab, Sudah pandai tegak berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pucuk mengkira di dalam dulang, Serak dagang bertali-tali; Murai membaca turunlah pulang, Balik abang sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak cercap jatuh ke kali, Dibawa arus mati terbuntang; Awak gagap disuruh mangaji, Membaca sebaris hari pun petang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas