Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberikan pertolongan; menolong: Dia berjanji akan ~ kami jika kami mendapat kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantu

Puisi
 

Dewa-dewa melihat sakti,
     Diam dalam gua batu;
Jangan encik susah hati,
     Susah ada Tuhan membantu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(8)

55

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, kalau dicampak bunga, takkan dibalas tahi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

PantunSumberTema
Adat sesuku bantu-membantu, Adat sepuak pinak-meminak; Adat membantu jangan menipu, Adat meminak jangan menginjak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila mahu ke ladang, Usah lagi membawa talas; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dibalas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila berperahu jangan meribut, Kalau ribut datanglah badai; Apabila membantu jangan disebut, Kalau disebut pahala tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat Melayu memantangkan malas, Orang pemalas hidup sengsara; Kuat membantu orang kan belas, Orang belas banyaklah saudara.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi dibawa mandi; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dipuji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bismillah memulakan kerja, Sungguh rangup keropok desa; Alhamdulillah rakyat Malaysia, Sanggup membantu tak kira bangsa.Pantun Melayu SarawakBudi
Kalau meniup seruling bambu, Dibawa berteduh lepaslah letih; Kalau hidup saling membantu, Mana yang keruh lekaslah jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi menyambal belacan; Apabila sudah membantu orang, Usah dikeji disesal-sesalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau meniup seruling bambu, Siapa yang ikut akan terbuai; Kalau hidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas