Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ra] | ممبارا

Definisi : 1. berapi atau panas spt bara; 2. ki berkobar-kobar, bernyala-nyala, sangat marah: hatinya ~ kerana dihina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ra] | ممبارا

Definisi : 1 menjadi bara; panas atau berapi spt bara. 2 ki bergelora dgn amat sangat; meluap-luap; berkobar-kobar: Di hati, ~ semangat ingin berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membara


Pantun

PantunSumberTema
Waktu sehari rasa setahun, Kerana kasih sedang membara; Baru berdiri celana turun, Siapa menoleh terbuntang mata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat selasih setangkai dua, Bawa ke pasar direbut orang; Ingat kekasih hati membara, Cintaku besar bukan kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walau bulan tidak mengambang, Pelita kami tetap menyala; Walaupun tuan tidak memandang, Cinta di hati tetap membara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ke mana lagi membawa puntung, Api di dapur sudah menyala; Ke mana lagi hamba bergantung, Hatiku hancur cinta membara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas