Pagi memberi makan burung, Burung pipit makan di kandang; Berseri memakai baju kurung, Tambah cantik memakai selendang, | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang Bugis memberi salam, Pak Utih menyambut girang; Menangis siang menangis malam, Sirih tidak pulang ke gagang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Adat sekampung tolong-menolong, Adat senegeri beri-memberi; Adat menolong jangan menggulung, Adat memberi jangan mengiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak tenuk menyepak kambing, Anak musang memberi nasihat; Awaklah bongkok tegak bersanding, Banyaklah orang memberi tongkat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat tua berdada lapang, Memberi petua ke anak cucu; Adat dijaga lembaga dipegang, Negeri bertuah umat bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Raja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pergi ke surau memakai jubah, Memberi ceramah serta petua; Walau baru tetap berubah, Begitu muda menjadi tua. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |