Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuang

Puisi
 

Anak laksamana bermain pedang,
     Anak Belanda mencukur janggut;
Membuang tuba di tengah padang,
     Anak mati di tengah laut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Apa gunanya membuang sampah, Bila dekat dengan halaman; Apa gunanya abang bersumpah, Bila berniat jadi mainan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untung apa membuang taji, Supaya ayam mahu berlaga; Untuk apa abang berjanji, Supaya puan mahu percaya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Biji selasih rasanya lazat, Dimakan serasi membuang panas; Sekali kasih sudah melekat, Sampai mati takkan kulepas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beras bukan sebarang beras, Beras ditumbuk membuang antah; Panas bukan sebarang panas, Panas menengok abang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang beradat bertanggungjawab, Hutang dibayar beban dipikul; Membuang adat hidup kan gelap, Malangnya besar akal pun tumpul.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat hati penyayang, Kasih mengasih sesama umat; Membuang adat diri terbuang, Silang selisih jauh dan dekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12345

Kembali ke atas