Tasik serai namanya dulu, Kini disebut lubuk pusaka; Adik pandai membujuk rayu, Hatiku hanyut dimabuk cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Abang tidak bersua lagi. Jatuh menimpa anak buaya; Sudah jelak aku membujuk, Dinda tak suka apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hujung sirih berkedut-kedut, Susun sampai di kedai Cina; Kasih tuan membujuk-bujuk, Kasih tidak kekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila orang memakai senduk, Tentulah ada kuah di pinggan; Apabila abang pandai membujuk, Tentulah hamba mudah tertawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana nasi tidakkan putih, Beras ditumbuk rendang dulu; Bagaimana hati tidakkan sedih, Puas membujuk orang tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |