Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan suak membunuh semut, Sarang semut banyak gunanya; Jangan suka duduk merungut, Orang perengut banyak susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak orang membunuh tupai, Amanlah mumbang dengan kelapa; Sejak memandang tubuh semampai, Imanku goyang makan pun lupa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki sakitlah tubuh, Bila malam terasa panas; Sakit kami sakit membunuh, Dendam berahi tiada lepas. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita dapat menyuluh ladang; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku dapat membunuh orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas