Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ru] | ممبورو

Definisi : 1 mengejar kerana hendak menangkap atau menyusuli sesuatu: Orang ramai dilarang ~ binatang di kawasan ini. 2 berusaha sungguh-sungguh supaya mendapat apa-apa yg dihajati: Di samping ~ kekayaan, janganlah kita lalai mengerjakan ibadat kpd Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memburu

Puisi
 

Orang memburu seberang sana,
     Dapat seekor landak betina;
Senjata buruk besi dah lama,
     Mana tikam susah nak kena.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Memburu rusa di tepi bukit, Rusa diburu sepanjang hari; Malu bukan satu penyakit, Ubatnya tentu payah nak cari.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang memburu seberang sana, Dapat seekor landak betina; Senjata buruk besi dah lama, Mana tikam susah nak kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang memburu pagi hari, Anak rusa lari bertindak; Sungguh bulan payung negeri, Sehari ada sehari tidak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak raja memburu rusa, Tahan serinding dengan belantik; Adik tak hendak terima saya, Kerana saya orang tak cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke hutan memburu rusa, Rusa berjemur di tengah panas; Kalau pandai menimbang rasa, Jangankan tepi di tengah tak lemas.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Itik bukan sebarang itik, Itik dapat memburu angsa; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik membuat hatiku gila. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas