| Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Encik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayu | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Buat kebun berpagar-pagar, Dalam kebun taman setanggi, Hendak memikat burung di sangkar, Lepas di sangkar terbang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Payah sungguh orang menekat, Dibolak-balik tiada berhenti; Payah sungguh abang memikat, Jinak adik jinak merpati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Jika tiada kolek bertambat, Manakan mahu orang menyeberang; Jika tiada adik memikat, Manakan mahu hamba bertandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sapu tangan segi bertekad, Dibawa datang ke Inderagiri; Kalau tuan pandai memikat, Burung terbang menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |