Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), mangga, Mangifera indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : nama sj pokok atau buahnya; mangga, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempelam

Puisi
 

Buah mempelam si buah petir,
     Tigalah dengan buah beluru,
Jangan dikias jangan disindir,
     Keranalah adik sungguh tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Batang mempelam buah kuini, Buat gulai dalam kuali; Malang nasib diriku ini, Tidak siapa ambil peduli.Pantun Melayu SarawakNasib
Buah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah mempelam si buah petir, Tigalah dengan buah beluru, Jangan dikias jangan disindir, Keranalah adik sungguh tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak meranting tangkai mempelam, Banyaklah rotan tumbuh di padang; Sejak kucing pandai menyelam, Banyaklah ikan menempah pedang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik pauh asam mempelam, Tanam selasih di kepala titi; Sungguh jauh bulan pun kelam, Kita berkasih di dalam mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas