Orang memukat pagi dan petang, Menentang ombak sepanjang hari; Orang beradat berhati lapang, Pantang melagak membesarkan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Menentang badai sudah biasa; Orang beradat berhati lapang, Pantang bertikai sama sebangsa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Rezeki besar ikan berlimpah; Orang beradat berhati lapang, Dari bertengkar biar mengalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Penat dan lelah ia tahankan; Orang beradat berhati lapang, Umpat dan fitnah ia diamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Letih dan senang berela hati; Orang beradat berhati lapang, Kelebihan orang ia hormati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Saban hari tiada berhenti; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan sendiri ia akui. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Kena gelombang ia tabahkan; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan orang ia lupakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Menempuh ombak tidakkan mundur; Orang beradat berhati lapang, Jatuh dan tegak tetap bersyukur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Mahu berbasah tahan berkering; Orang beradat berhati lapang, Mahu mengalah dalam berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |