Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.bur] | منابور

Definisi : 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.bur] | منابور

Definisi : 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Laksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baik-baik menabur bayam, Jangan bertabur ke benih maman; Baik-baik memelihara ayam, Helang berlegar tengah laman.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Banyak saya menabur padi, Padi habis dimakan merang; Banyak saya menabur budi, Budi tidak dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ulang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah padi selasih dulang, Saya menumpang menabur lada; Buah hati kekasih orang, Kami berdua berpandangan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Penat saya menabur budi, Belum juga mendapat jasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas