Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bat] | منمبت

Definisi : 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, mena­wan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bat] | منمبت

Definisi : 1 mengikat sesuatu dgn tali pd pancang (tiang, pokok dll): Dia turun ke sungai utk ~ perahunya. 2 ki memikat hati seseorang; menawan: Akhirnya dia berjaya ~ hati gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambat
Kata Terbitan : bertambat, menambat, tertambat, tambatan, pertambatan, penambat,

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Mail menambat lembu, Dapat seekor ketam bertandan; Cantik puan pakai ilmu, Sungguh ilmu orang tak pandang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas