Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pi] | منمڤي

Definisi : 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg digerak-gerakkan: sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yg besar drpd yg lebih kecil; 2. ki menapis utk memilih yg elok: sudah kami tampi maksud tuan itu; 3. bergerak-gerak turun naik (dada dll), termengah-mengah (nafas): dada saya ~ lebih keras drpd biasa, badan saya berasa seram sejuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pi] | منمڤي

Definisi : 1 membersihkan biji-bijian (terutamanya padi, kacang) dgn menggunakan nyiru yg digerak-gerakkan turun naik: Kalau ~, jangan tumpah padinya. 2 bergerak-gerak tu­run naik (bkn dada dll); termengah-mengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampi (kata nama)
Bersinonim dengan nyiur, ayak, badang;,
Kata Terbitan : menampi,


Pantun

PantunSumberTema
Kalau menampi berbanjar-banjar, Kalau mendekut bergalah-galah; Kalau berani pada yang benar, Kalau takut pada yang salah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tengah menampi padi ladang, Datang tempua bersama gagak; Tengah menanti kekasih datang, Datang mentua membawa kapak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan menampi-nampi kacang, Kalau ditampi busuk buahnya; Jangan mengapi-ngapikan orang, Kalau berapi buruk padahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Duduk menampi padi usang, Entak berdedak entak tidak, Tidak berdedak hampa melayang; Siapa nan tahu hati orang, Entah hendak entah tidak, Adik menjadi bunga kembang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Menumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas