Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Waktu siang bermain gasing, Siapa menang beradu pandai; Baru datang kain tersingsing, Disapa orang lalu terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Catuk bukan sebarang catuk, Catuk ayam menang berlaga; Duduk bukan sebarang duduk, Duduk diam mengenang janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ayam berlaga melawan itik, Sama kalah dan sama menang; Dalam berduka kawan mengusik, Bawa mengalah supaya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang besar tentulah balang, Yang kecil tentulah ranting; Orang benar tentulah menang, Orang jahil tentulah tergiling.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Batang selukup batang meranti, Batang pinang dibelah-belah; Tunangan hidup adalah mati, Tunangan menang adalah kalah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak kuda tepi perigi, Masuk di kolam mandikan anak; Seburuk-buruk parang besi, Menang juga kayu yang banyak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sudah banyak orang bergalah, Yang berenang hanya sedikit; Sudah banyak orang yang kalah, Yang menang hanya sedikit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas