Menangguk di batu licin, Dapat udang selima-lima; Menengok sanggul licin, Nak balik ke janda lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang menangguk anak udang, Burung pipit kembang ekor; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh banyak orang menangguk, Tangguk tidak ada yang kena; Sungguh banyak orang yang mabuk, Mabuk itu tiada berguna. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Di tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Banyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pasir tinggi Kuala Patani, Rasa nak menangguk rasanya tidak; Apa tafsir kepada kami, Rasa nak masuk rasanya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Buih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |