Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok sungguh menarik pukat, Sebelum usai belum berhenti; Elok sungguh adik mendekat, Harummu bagai kuntum melati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Putik nanas hendak disarung, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar lagi diharung, Ini pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Itik bukan sebarang itik, Itik cerdik menarik buluh; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik adik cantik membunuh. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang meraih di Lubuk Johor, Orang menarik di tebing tinggi; Jika boleh dibawa tidur, Bukan anak bini sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tak kuat memasang jenang, Manakan tetap menarik dinding; Jika tak dapat dengan berterang, Secara gelap adik kusunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |