Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ba] | منچوبا

Definisi : 1 melakukan sesuatu utk mengetahui keadaannya (spt buruk baiknya dll): Sebelum membelinya, ia telah ~ kereta itu. 2 memakai (baju dll) utk mengetahui sama ada padan atau tidak: ~ baju; ~ sepatu. 3 berusaha utk mencapai sesuatu maksud dll: Mereka ~ melarikan diri tetapi gagal. 4 mengecap sesuatu utk mengetahui rasanya; merasa: Aku disuruh ~ masakannya. 5 menguji (kepandaian dll): Pihak majikan telah lebih dahulu ~ tiap-tiap pemohon sebelum diterima bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuba

Puisi
 

Hendak menjala jala tersangkut,
     Jala baru dikibar juga;
Hendak mencuba hatiku takut,
     Hati takut dicuba juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mendirikan (= menegakkan) benang basah.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Kamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tiung mencuba terbang, Tinggi rendah terbang tak cedak; Awak ompong mengunyah pinang, Gusi berdarah pinang tak rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak tiung barukan besar, Mencuba terbang campak ke tanah; Awak bingung mengaku pintar, Ditanya orang pesaknya basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menuba kami menuba, Ikan lumba melompat perahu; Disuruh cuba kami mencuba, Orang tak hendak kami tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang ke bukit sama mendaki, Bila ke lurah turun seorang; Orang pelit mencuba berbini, Diminta belanja mohon berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ambil buluh dibuat galah, Galah patah dimain budak; Jauh sekali menyerah kalah, Belum mencuba berganjak tidak.Pantun Melayu SarawakKasih
Hilir rakit sungai sempit, Anak raja turun menuba; Hulur sirih jari dipicit, Itulah tempat muda mencuba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas