Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada yang datang waktu petang, Ada yang datang pakai kereta; Tuahlah badan mendapat gelang, Mendapat cincin berbatu pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tinggi-tinggi hari, si mata hari, Anak kerbau tertambat, mati tertambat; Sudah lama mencari, saya mencari, Baru sekarang mendapat, saya mendapat. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Kalau tidak mendapat upah, Manakan orang mahu berbeban; Kalau tidak mengingat sumpah, Manakan abang mahu bertahan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak mendapat api, Manakan tuan boleh membakar; Kalau tidak mengingat janji, Manakan tahan hamba bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Selama mendapat kedidi lubuk, Tidak berguna balam di rumah; Selama mendapat bini gemuk, Tidak berguna tilam di rumah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Satu keempat pukul lima, Baru mendapat hari nak siang; Hendak mendapat macam yang lama, Biar menjadi debu melayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa membuat jermal, Supaya mendapat ikan pari; Untuk apa berbual beramal, Supaya selamat kemudian hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu pergi memukat, Sekali-sekali mendapat hiu; Kalau selalu berhati jahat, Famili benci umat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau kail tidak bermata, Manakan boleh mendapat ikan; Kalau kecil tidak berguna, Mana boleh selamat kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |