Mendengar beruk jatuh berdebab, Banyak belalang pergi berbaris; Mendengar beruk bermain rebab, Banyaklah orang duduk menangis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Alangkah sayu hati di dalam, Mendengar guruh dayu-mendayu; Abang merayu siang dan malam, Gementar tubuh menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berlari-lari kuda di pantai, Mendengar babi mendendang sayang; Berkali-kali celana terburai, Dikejarbini berparang panjang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sudah lama kami menebang, Tidak mendengar tumbang kayu; Sudah lama kami memandang, Tidak menengok abang lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau berkitab membaca syair, Banyaklah orang datang mendengar; Kalau bercakap tidak berfikir, Banyaklah orang banyak bertengkar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tabuh gendang bunyi bertalu, Penuh tumpat orang mendengar; Sungguh malang nasib diriku, Janji dibuat dan abang langgar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |