Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.bang] | منبڠ

Definisi : memotong pokok kayu dll yg besar-besar: segala pegawai mengerahkan rakyat menebas dan ~ segala kayu-kayuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.bang] | منبڠ

Definisi : me­motong pokok dll supaya tumbang: ~ pohon kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tebang
Kata Terbitan : menebang, penebang, penebangan,

Puisi
 

Sakit menebang kayu gerumang,
     Kayu hidup dimakan api;
Sakit menumpang kekasih orang,
     Badan hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Adat menebang sama pepat, Bila tidak tunggulnya tajam; Adat menimbang sama berat, Bila tidak hukumnya kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok menebang batang lapuk, Tangkai digoyang patah; Elok memandang orang nak capuk, Capuknya bagai intan ditatah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok menebang dengan kapak, Kapak patah diganti parang; Elok memandang orang sopak, Sopak bertuah bagai dikarang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok menebang batang terap, Kulitnya dapat pengikat tangga; Elok memandang orang berkurap, Kulitnya bagai kelopak bunga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak menebang tebanglah buluh, Jangan lupa mengerat sembilu; Hendak terbang terbanglah jauh, Janganlah lupa nasihat ibu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menebang kayu nan tinggi, Ingat-ingat rantingnya patah; Kalau terbang tinggi-tinggi, Ingat-ingat bumi di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menebang sambil merambah, Bakar keladi di tepi sumur; Kalau abang berani bersumpah, Ingkar janji pendeklah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan menebang pokok nangka, Nangka tidak berubah lagi; Jangan abang berburuk sangka, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas