Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.né.bar] | منيبر

Definisi : 1. mencampakkan (jala dll) supaya kembang atau terbentang: maka bentara pun lalulah ~ jala di olak putera bersiram itu; 2. menaburkan (benih dll), menghamburkan: orang sudah ramai membuat kerja, ada yg ~ padi dan ada yg mencangkul; 3. menjadikan berserak-serak, menyerak-nyerakkan; 4. ki menjadikan me-luas (merebak), memperluas: apabila terjadi perselisihan antara dua golongan umat, sengaja ditebarkannya perselisihan itu; 5. = mempertebarkan menyiarkan (agama dll) supaya berkembang; memper­tebarkan kecek Id menyiarkan khabar palsu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.né.bar] | منيبر

Definisi : membuang supaya bertebar atau supaya kembang: Bagaimana hendak pergi menjala sedangkan ~ jala pun tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbar
Kata Terbitan : bertebar, bertebaran, menebar, tertebar, penebar,

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Biarlah orang menebar pukat, Kita menebar jala sepukal; Biarlah orang mengejar pangkat, Kita mengejar kerja nan halal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila menebar jala, Lama-lama dapat ikan; Apabila besar kepala, Lama-lama dapat lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas