Tembak-menembak di Kalimantan, Mati terkena peluru buta; Ombak Tsunami kias-kiasan, Maut menyambar sekelip mata. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Orang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang menembak Johor Lama, Asap sampai Johor Bahru; Hajat hati sudah lama, Nak cakap takut malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak menembak tiga sekawan, Sagun berderai di atas tikar; Pesan saya lupalah jangan, Lupalah jangan di dalam sedar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bulan terang menembak camar, Camar ditembak celah batu; Budak berdua memang dilamar, Tidaklah adik abang malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Datang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |