| Apabila menengok pending, Jangan cepat dijamah; Apabila duduk berunding, Jauhkan sifat pemarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Untuk apa menengok wayang, Supaya melihat cerita lama; Untuk apa duduk sembahyang, Supaya selamat dari neraka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mengapa biawak mandi berendam, Menengok buaya menunggu jermal; Mengapa banyak lelaki karam, Menengok betina bergincu tebal. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Puas mengaji balik ke ladang, Menengok padi dimakan burung; Puas menanti adik tak datang, Elok kupergi membawa untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Andainya hari bertambah cerah, Eloklah cepat menengok ladang; Andainya kaki tersalah langkah, Eloklah cepat berbalik pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Orang berhelat bukan sedikit, Semua datang menengok pengantin; Abang ibarat awan di langit, Terbang melayang mengikut angin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Waktu menteri meratah petai, Para pembesar patuh menengok; Begitu isteri meminta cerai, Suami mendengar jatuh terduduk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sejak pepuyu jadi almarhum, Udang pun banyak pergi menengok; Sejak penghulu jadi peminum, Orang pun banyak jadi pemabuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |