Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngait] | مڠاءيت

Definisi : 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngait] | مڠاءيت

Definisi : 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengait

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ingat ranting yang akan melenting,
     dahan yang akan mencocok,
duri yang akan mengait.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya mengait ketam, Ketam dimasak rasanya sedap; Ada untungnya berkulit hitam, Hitam tak nampak di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mudik ke hulu mengait rambai, Rambai mencarik lengan baju; Saya tak rebut bunga setangkai, Bunga lain sedap bau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang galah hujungnya tirus, Hendak mengait sarang merpati; Demi Allah sumpah putus, Sudah berjanji wajib tepati.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tindih-menindih batang pinang, Kait mengait serambi padi; Tembak seperti peluru petunang, Apabila kena ular pun mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas