| Biarlah orang memaku kulim, Kita memaku kendil jelaga; Biarlah orang mengaku alim, Kita mengaku jahil juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyaklah orang memaku lantai, Kita memaku pelupuh juga; Banyaklah orang mengaku pandai, Kita mengaku bodoh juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Banyak orang menuju ke Daik, Kita menuju Selat Melaka; Banyaklah orang mengaku baik, Kita mengaku jahat belaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Kalau dibentang baju bersulam, Luruh buahnya beri bersemak; Kalau orang mengaku Islam, Turutlah sunah Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Ambil pedoman di Pulau Pandan, Kapal datang dari Labuan; Kalau mengaku ilmu di badan, Harimau garang dibuat kawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Daripada ke hulu perahu bergalah, Eloklah berhenti memasang lukah; Daripada malu mengaku kalah, Eloklah mati bergalang tanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |